TERMA & SYARAT “MENANG SAHAM ONLINE” ANJURAN VEGA HERMOSA
Pihak penganjur, Vega Hermosa
International Sdn Bhd (“Penganjur” atau “Vega”) dengan ini
menerima bahawa anda telah bersetuju dengan semua terma dan syarat yang
ditetapkan seperti berikut:-
- Semua bahan pembelajaran, kaedah aplikasi dan apa saja maklumat yang diberikan dalam Seminar Menang Saham Online ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA sepenuhnya Dato’ Dr. Nazri Khan dan Vega Hermosa International Sdn. Bhd.
- Sebarang penggunaannya adalah tertakluk kepada undang-undang harta intelek, iaitu Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cap Dagangan 1976. Mana-mana pihak adalah DILARANG sama sekali untuk melakukan sebarang ulang cetak atau penerbitan semula bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi yang digunakan dalam apa jua bentuk atau tujuan sekalipun.
- Vega Hermosa International Sdn. Bhd. dan Dato’ Dr. Nazri Khan merupakan PEMILIK SAH HARTA INTELEK bagi Program “Menang Saham Online”. Penganjur MELARANG MANA-MANA PIHAK MENGADAKAN SEBARANG PROGRAM ATAU LATIHAN seumpama Menang Saham Online atau menggunakan nama dan kaedah seumpamanya atau apa saja yang berkaitan tanpa kebenaran bertulis secara rasmi daripada Penganjur dan Dato’ Dr. Nazri Khan.
- Segala data dan maklumat yang dimiliki oleh pihak penganjur adalah tertakluk kepada AKTA 709 AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010. Pihak penganjur MELARANG SEBARANG AKTIVITI ATAU KEGIATAN MENGAMBIL DATA/BUTIRAN PESERTA, MENJUAL BARANG ATAU PERKHIDMATAN ATAU APA-APA JUA AKTIVITI yang tidak mendapat kelulusan secara bertulis daripada Penganjur sama ada sebelum, semasa atau selepas program Menang Saham Bersama DDNK (online dan offline) dijalankan.
- Pihak penganjur MELARANG mana-mana individu atau organisasi MENGELUARKAN, MENGGUNAKAN ATAU MENYEBARKAN mana-mana bahan dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada rakaman dalam bentuk audio atau visual atau apa saja yang berkaitan dengan menggunakan apa saja teknologi untuk dipaparkan dalam mana-mana platform media cetak atau elektronik (analog atau digital termasuk media sosial) bagi apa-apa saja tujuan sekalipun bersama dengan niat atau tiada niat.
- Peserta diwajibkan untuk MEMATUHI SETIAP ARAHAN YANG TELAH ATAU BAKAL DIKELUARKAN oleh pihak Vega Hermosa International Sdn. Bhd. sama ada sebelum, semasa atau selepas program termasuk yang telah ditetapkan dan disebutkan di dalam "SOP Peraturan Di Dalam Zoom" dan "SOP Gangguan Internet Atau Bekalan Elektrik" serta arahan-arahan yang bakal dikeluarkan sepanjang program berlangsung.
- Penganjur BERHAK
MEMBATALKAN PENYERTAAN SERTA-MERTA dan MENGAMBIL TINDAKAN
UNDANG-UNDANG bagi peserta Menang Saham Online atau Offline yang
mengingkari atau melanggari mana-mana syarat penyertaan yang dinyatakan di atas
atau yuran penyertaan Menang Saham Bersama DDNK tidak akan dikembalikan kepada
peserta berkenaan (Jika ada).
- Pihak Vega Hermosa BERHAK UNTUK MENUKARKAN TARIKH, MASA ATAU MENUKAR PENCERAMAH jika berlaku sesuatu diluar jangkaan serta menukar mana-mana terma dan syarat yang difikirkan wajar dan perlu tanpa perlu membuat pemberitahuan awal terlebih dahulu.
- Tiket ini tidak boleh ditukar ganti dengan nilai wang, kredit atau barang dan hanya boleh ditebus guna untuk program Menang Saham Bersama online sahaja tertakluk kepada tarikh yang termaktub serta hanya dibenarkan untuk digunakan sekali sahaja oleh setiap penerima.
- Setiap
peserta diwajibkan untuk mendaftar dan menggunakan NAMA SEBENAR
MENGIKUT KAD PENGENALAN semasa mendaftar dan mengikuti program.
LINK AKSES
- E-mel maklumat program (Pra Pakej) hanya akan dihantar selepas proses pendaftaran dilengkapkan sepenuhnya dengan maklumat yang betul.
- Link
akses ke seminar online akan diemelkan kepada peserta dari semasa ke semasa
sebelum program bermula. Adalah menjadi kewajipan / tanggungjawab anda untuk
menyemak e-mel dari masa ke semasa & tidak berkongsi kata laluan dengan
orang lain atau menjual link akses tersebut kepada orang lain.
FB CLOSE GROUP- Peserta
digalakkan untuk menyertai *Facebook Group Eksklusif – DDNK Club “Kuasai Saham,
Juarai Pasaran, Jaguhi Wang”* dan Telegram DDNK untuk memudahkan proses
komunikasi, perkongsian ilmu, dan info-info terkini tentang program dari penganjur.
KENYATAAN PENAFIAN
Program ini bertujuan pendidikan
sahaja. Program ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia
tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul wang untuk urusan pelaburan serta
tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang
saham, analisis, teknik dan apa sahaja informasi yang dikongsikan adalah
bertujuan pembelajaran pendidikan sahaja dan bukan sebagai saranan atau
cadangan.
Pihak penganjur tidak menjanjikan
sebarang jaminan terhadap ketepatan sama ada dari segi informasi atau masa,
kesempurnaan, kesesuaiannya, pencapaian, keputusan atau apa sahaja yang
berkaitan. Sebarang strategi atau kaedah yang diajar tidak menjanjikan
keuntungan dan berkemungkinan menyebabkan kerugian.
Program Menang Saham Online
diadakan dengan persetujuan bahawa tenaga pengajar atau penganjur tidak
menyediakan perkhidmatan dalam bidang perundangan, perakaunan, pencukaian atau
mana-mana perkhidmatan berbayar yang tiada kaitan dengan program ini. Sebarang tindakan
atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan serta tanggungjawab
sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kerugian,
kehilangan modal atau seumpamanya.
Anda diingatkan bahawa aktiviti
pelaburan ataupun trading saham mungkin tidak sesuai untuk sesetengah individu
atau kumpulan atau syarikat atau lain-lain yang berkaitan. Aktiviti pelaburan
dalam ekuiti atau ekuiti derivatif melibatkan risiko yang signifikan dan
berkemungkinan boleh mengalami kerugian modal yang dilaburkan. Anda tidak
digalakkan untuk melabur lebih daripada jumlah yang anda sanggup rugi dan anda
dinasihatkan agar memahami akan setiap risiko yang terlibat. Sebelum anda
memulakan pelaburan, anda dinasihatkan memberi pertimbangan sewajarnya berkaitan
dengan tahap pengalaman, ilmu dan objektif pelaburan. Anda juga dinasihatkan
agar mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada pakar kewangan bertauliah
jika perlu.